Home » Langit Terbuka » Kubur Berasingan, Tidak Sepatut Berlaku Dalam Masyarakat Muslim

Kubur Berasingan, Tidak Sepatut Berlaku Dalam Masyarakat Muslim

sumber: https://www.themalaymailonline.com/

KANGAR 18 Jan. – Jabatan Mufti negeri menerima aduan dan laporan bahawa terdapat kumpulan politik tertentu yang telah mewujudkan kubur-kubur orang Islam berasingan di markas mereka di negeri ini, suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat Muslim di negara ini.

Muftinya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan, perbezaan fahaman politik atau pendapat dalam kalangan umat Islam tidak sepatutnya menyebabkan perkara seumpama itu berlaku seperti mana kejadian dua imam, perceraian dalam perkahwinan dan putus silaturahim yang pernah dilaporkan suatu masa dahulu.

Kata beliau, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di bawah raja pemerintah telah membuat keputusan bahawa penentuan lokasi kubur bagi orang Islam di negeri ini hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri selaku ulil Amri.

“Pihak jabatan ini menasihati agar sikap berlebihan dalam berpuak dan berkumpulan hendaklah dielakkan.

“Orang Muslim bersaudara sekali pun jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan kita. Sesiapa sahaja tidak boleh menganggap dirinya lebih baik daripada pihak lain sehingga perlukan perkuburan yang berasingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *