Home » Langit Terbuka » Kumpulan pertama 474 jemaah haji kita sampai di Jeddah

Kumpulan pertama 474 jemaah haji kita sampai di Jeddah

Ketika ini lebih 13,000 jemaah Haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji yang mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini. - Foto FMT

MAKKAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia KT29 seramai 474 orang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah di sini pada 1.26 tengah hari waktu tempatan atau 6.25 petang waktu Malaysia, semalam (18 Julai).

Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi satu kenyataan memberitahu, jemaah haji berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 9.15 pagi waktu Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) MH8128.

Semua penerbangan haji berlepas pada 4 Julai hingga 17 Julai lepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz di Madinah, manakala penerbangan berlepas semalam (18 Julai) hingga 5 Ogos ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz.

“Ketibaan mereka itu disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Nurrinanuwar Shamsuddin, Konsol Haji Mohammad Saimi Mat Som, pegawai Makkah Route dan petugas Tabung Haji,” kata kenyataan itu.

Ketika ini lebih 13,000 jemaah Haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji yang mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Semua jemaah dibawa ke Makkah dengan 11 bas dan selamat tiba di Hotel Manar Al Shorouq di sini pada 3.40 petang waktu tempatan atau 8.40 malam waktu Malaysia, semalam. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *