Home » Langit Terbuka » Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia itu berlepas pada jam 1.10 pagi waktu Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja AbdulAziz, Jeddah. - Foto MUIS

SEPANG – Kumpulan pertama seramai 479 jemaah haji Malaysia yang turut disertai oleh Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Md Yusof selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.30 petang, hari ini (19 Ogos).

Ketibaan 209 jemaah lelaki dan 259 jemaah wanita itu disambut Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Kakitangan TH, Hizamuddin Jamalluddin, beberapa pegawai Tabung Haji (TH) dan anggota keluarga para jemaah.

Kumpulan pertama jemaah haji itu berlepas pada jam 1.10 pagi waktu Arab Saudi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja AbdulAziz, Jeddah menerusi pesawat MH8301. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *