Home » Citra Yadim » Kunjung hormat KEMUDA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Kunjung hormat KEMUDA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

BANGI – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA)- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan kunjung hormat kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini pada 22 Disember.

Kunjung hormat ini dijalankan bagi mengembangkan lagi cakupan dan idea dakwah YADIM terutama pada kelompok yang sedang dalam pengawasan ataupun yang telah bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Kunjung hormat ini juga telah berjaya membuahkan beberapa idea iaitu kerjasama antara KEMUDA-YADIM dan AADK dalam usaha mencegah, merawat seterusnya mentransformasi insan yang terjebak dadah kepada Ikon Hijrah yang mampu mampu memberi kesedaran kepada masyarakat.

Usaha ini juga merupakan salah satu inisiatif meningkatkan kesedaran dan ‘mindset’ masyarakat supaya terus membantu tanpa mensisihkan golongan seperti ini untuk terus berjuang dan menjauhkan diri daripada terjebak dengan bahan-bahan terlarang.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *