Home » Citra Yadim » Kunjung hormat kepada Gabenor Narathiwat

Kunjung hormat kepada Gabenor Narathiwat

NARATHIWAT – Hasrat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menjalin kerjasama di wilayah ini mendapat reaksi positif pihak berkuasanya.

Gabenor Narathiwat Tuan Yang Terutama Ekkarat Leesen berkata pihaknya membuka ruang kerjasama terutamanya dalam pembangunan modal insan masyarakat di wilayah berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi YADIM di pejabatnya pada 5 September.

Mewakili YADIM ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Yang Berusaha Dr Muhamad Razak Idris, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa serta Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa, Norazira Jaafar.

Hadir sama ialah Dekan Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab ,Princess of Naradhiwas University, Profesor Madya Cheloh Khaepong dan wakil dari Majlis Agama Islam Narathiwat.

Dalam pada itu, di peringkat awal ini, kerjasama yang akan dijalinkan adalah dalam aspek pendidikan Islam.

Usaha YADIM ini juga mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Narathiwat.

Ekkarat Leesen merupakan Gabenor Muslim yang pertama di lantik di wilayah ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *