Home » Citra Yadim » Kunjung hormat kepada Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan

Kunjung hormat kepada Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan

PUTRAJAYA – Selepas Dewan Dakwah Islamiah Indonesia, YADIM meneruskan inisiatif kerjasama dengan pihak berkuasa agama Indonesia bersama Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan, Riau pada 16 Februari.

Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, beliau berharap kerjasama  ini bukan saja mengeratkan silaturrahim, malah jalinan gerak kerja dakwah di rantau ini.

“Gerakan dakwah tidak seharusnya terhalang dan terkurung dalam negara masing masing semata mata,”.

“Kalau ada upaya lagi, kita  perluaskan pula ke Eropah contohnya,”ujar beliau dalam kunjung hormat secara maya itu kepada badan tersebut.

 Turut sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff, Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Mohd Najhan Shahir Halim, Dr Masitah Esa serta wakil wakil Majlis Amal Islami Malaysia.

Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan pula diwakili oleh Ketuanya, Drs H Syahrul Mauludi serta kepimpinannya.

Antara cadangan yang dipersetujui untuk dilakukan kedua pihak bagi memperkasa dakwah di rantau ini termasuklah latihan daie secara bersama dan pertemuan dan perbincsangan secara berkala selepas ini.

YADIM sebelum ini pada 9 Februari dalam lunjung homat kepada Dewan Dakwah Islamiah Indonesia menawarkan sebanyak enam bidang kerjasama bagi memperkukuh dakwah di rantau ini bersama badan tersebut.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *