Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat kepada Menteri Pengajian Tinggi

Kunjungan hormat kepada Menteri Pengajian Tinggi

PUTRAJAYA – Satu kunjung hormat telah diadakan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Dr. Noraini Ahmad di pejabat beliau di sini oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 14 September.

Selain bertujuan memberikan perkembangan terkini program YADIM yang melibatkan kementerian beliau, ia juga adalah untuk meninjau sebarang peluang kerjasama yang boleh dijalin bersama oleh kedua pihak.

Mengetuai delegasi YADIM ialah Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti, selain Pengerusi Jawatankuasa Khas Sektor Penyelidikan, Penerbitan & Antarabangsa YADIM, Yang Berbahagia Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa YADIM, Dr Masitah Esa, pengarah pengarah bahagian dan kakitangan YADIM.

Selain Dato’ Dr Noraini, pengurusan tertinggi kementerian berkenaan juga hadir sama dalam pertemuan selama sejam ini.

Ia dimulakan dengan Tuan Kamarul Arief memberikan sedikit penerangan tentang gerak kerja YADIM sebelum diteruskan dengan perkembangan makluman mengenai program melibatkan Dato’ Dr. Noraini Ahmad.

Turut disentuh ialah pelaksanaan program program YADIM ketika ini terutamanya di institusi pengajian tinggi di negara ini serta hasrat untuk menjalin sebarang bentuk kerjasama yang bersesuaian.

Pada 24 September ini, akan diadakan satu program menandatangani memorandum persefahaman melibatkan sebanyak 13 buah institusi pengajian tinggi serta satu instiusi pondok anjuran Bahagian Penyelidikan YADIM.

Dato’ Dr. Noraini Ahmad mewakili Kementerian Pengajian Tinggi bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri akan menjadi saksi dalam majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *