Home » Citra Yadim » Kursus sembelihan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2.

Kursus sembelihan di Kolej Vokasional Sungai Petani 2.

SUNGAI PETANI – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Ia bukan sahaja dalam bentuk dakwah secara langsung tetapi juga dari aspek pengisian ilmu sebagai panduan hidup. Terbaharu, satu kelas sembelihan telah diadakan kepada para pelajar Kolej Vokasional 2 Sungai Petani di sini pada 11 September, yang bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai kaedah menyembelih yang btul dan menurut syarak.

Ini merupakan tahun kelima berturut turut, YADIM Kedah diberi kepercayaan mengadakan kelas ilmu ini.

Kakitangan YADIM Kedah, Azmi Mohamad yang bertanggungjawab mengendalikan program, memulakan sesi pembelajaran pada jam 8.30 pagi dengan kelas teori kepada lebih 180 pelajar. Ianya disifatkan signifikan kerana sesuai dengan sukatan pelajaran di kolej ini yang turut menawarkan kursus Seni Kulinari kepada pelajarnya.

Dalam sesi teori, antara yang disentuh ialah syarat syarat sembelihan, hikmah serta langkah langkah yang betul untuk melaksanakan ibadah ini.

Selesai sesi teori, Azmi meneruskan dengan sesi praktikal apabila menunjukkan kaedah yang betul melaksanakan sembelihan kepada pelajar.

Sebanyak 50 ekor ayam disembelih oleh Azmi dan para pelajar kolej, yang kemudiannya dimasak sebelum dihidangkan dan dijamah bersama sama dalam jamuan makan tengahari.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *