Home » Citra Yadim » Kursus Team Building YADIM Siri 2

Kursus Team Building YADIM Siri 2

SHAH ALAM –  Sebagai usaha memperkasa kakitangannya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 15 hingga 16 Februari telah mengadakan Kursus Team Building YADIM Siri 2.

Seramai 79 kakitangan badan agama ini termasuk dari negeri negeri, menyertai program yang diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam.

Bertujuan mengeratkan ukhuwah dan semangat kerjasama antara kakitangannya, program tahunan ini diadakan dengan kerjasama Motivasi Lab, sebuah konsultan motivasi dan latihan terkenal.

Antara pengisian program ialah sesi  explorace berpasukan, berkayak, memanah, uji IQ, motivasi dalam kelas dan sebagainya.

Dalam sesi penutup, Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, pengurusan YADIM melihat terdapat keperluan untuk mengadakan kursus ini bagi memberi motivasi kepada kakitangan.

Justeru katanya, beliau berharap kakitangan yang selesai menyertai kursus ini akan kembali bertugas dengan memiliki semangat baharu.

Tambahnya, semua harus sedar bahawa pada asasnya, niat melaksanakan kerja hendaklah ikhlas kerana Allah.

Hadir sama ke majlis penutupan ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pengurusan YADIM, Suhaila Sahibul Ghani.

Kursus Team Building YADIM Sesi satu telah diadakan di Melaka pada 13-14 Disember 2019 dengan kehadiran 81 kakitangan badan ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *