Home » Citra Yadim » Lagi sumbangan untuk penduduk memerlukan daripada YADIM Negeri Sembilan

Lagi sumbangan untuk penduduk memerlukan daripada YADIM Negeri Sembilan

SENAWANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan meneruskan inisiatif menyantuni mereka yang memerlukan di sekitar bandar ini dan Seremban.

Pada 17 Julai, seramai 11 keluarga yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan berkenaan menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Mereka yang disantuni terputus punca pendapatan, menjalani kuarantin serta warga emas yang memerlukan perhatian.

Turut disantuni ialah seorang warga emas berketurunan India di Senawang Jaya yang masih bekerja walaupun lewat usia.

Sumbangan disampaikan oleh wakil Sukarelawan YADIM Senawang, Khairil Fitry Khairuddin.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *