Home » Langit Terbuka » Lebih 18,000 rakyat Malaysia alami kemurungan

Lebih 18,000 rakyat Malaysia alami kemurungan

Seramai 18,336 rakyat negara ini termasuk seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan pada tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Satu kajian mendapati 18,336 rakyat negara ini termasuk seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, jumlah itu berdasar kajian Kementerian Kesihatan  melalui saringan minda sihat terhadap 273,203 orang yang dijalankan di klinik kesihatan dan komuniti pada 2017.

Katanya, daripada jumlah yang disaring itu, sebanyak 4.03 peratus atau 11,811 orang dikesan mengalami kemurungan tahap ringan, 1.26 peratus (3,680 orang) di tahap sederhana dan 0.62 peratus (1,682 orang) berada di tahap teruk.

“Selain itu, melalui saringan minda sihat yang dijalankan dengan Kementerian Pendidikan ke atas 253,196 pelajar tingkatan empat, sebanyak 0.45 peratus atau 1,163 pelajar mengalami masalah kemurungan,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Hilmi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang bertanyakan anggaran rakyat Malaysia yang menderitai berbagai tahap kemurungan (depression) termasuk sebab dan rawatan pemulihan yang dilakukan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *