Home » Langit Terbuka » Lihat kesan menyeluruh cadangan kenali subjek khusus agama lain

Lihat kesan menyeluruh cadangan kenali subjek khusus agama lain

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, cadangan memperkenalkan subjek khusus agama lain bukan sahaja perlu dilihat kesannya terhadap bidang pendidikan tetapi sosial masyarakat negara ini. - Foto Utusan Malaysia

KUANTAN – Cadangan memperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti perlu dilihat secara menyeluruh serta berdasarkan sentimen masyarakat Islam pada masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, cadangan itu bukan sahaja perlu dilihat kesannya terhadap bidang pendidikan tetapi sosial masyarakat negara ini.

“Bukan setakat kesan pendidikan sebab masyarakat pada hari ini agak sensitif tentang pekara ini. Sama ada mereka bersedia atau tidak.

“Contohnya pendidikan seks, ini satu subjek yang wajar kita ajar tetapi sama ada masyakat bersedia atau tidak. Ini antara isu yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Memasak Bubur Lambuk Q-Fish dan Promosi Jualan Ikan di Pasar Nelayan Sepat di sini.

Beliau mengulas cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya kerajaan memperkenalkan mata pelajaran khusus bagi mengenali agama lain selain Islam di peringkat sekolah dan universiti.

Presiden MBM, Jufitri Joha dilaporkan berkata, mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memberi peluang kepada pelajar memahami agama lain. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *