Home » Citra Yadim » Lima bulan tiada pekerjaan, kini bakal timang cahaya mata, sewa rumah juga tertunggak…

Lima bulan tiada pekerjaan, kini bakal timang cahaya mata, sewa rumah juga tertunggak…

SIK – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, seorang tukang rumah di Kampung Cahrok Sejuk di sini telah lima bulan tidak memiliki sebarang pendapatan.

Lebih merunsingkannya, dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mohd Helmi Abdullah di sini benar benar terdesak ketika ini, malah bayaran rumah sewanya sudah lima bulan tidak dapat dilunaskan.

“Maaf Encik, abang keluar, cuba cari duit, saya Munirah isterinya”.

“Alhamdulillah, bila semalam YADIM telefon saya rasa bersyukur sangat kerana doa saya diperkenankan Allah”.

“Teruk sikit sekarang, sejak PKP suami tiada pekerjaan, keperluan dapur pun tinggal sedikit, dapat bantuan ini rasa bersyukur sangat,”ujar isteri pemohon kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ketika ditemui di sini pada 12 Ogos.

Semoga dipermudahkan untuk keluarga kecil ini.

Keluarga Mohd Helmi ini antara tujuh penerima TeleBantuan YADIM yang disantuni di kawasan ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *