Home » Langit Terbuka » MAINJ agih RM9.2 juta kepada asnaf

MAINJ agih RM9.2 juta kepada asnaf

Bantuan diterima terus oleh asnaf yang tersenarai dengan hadir ke Pejabat MAINJ daerah masing-masing. Untuk penerima yang uzur, sumbangan disampaikan oleh amil yang dilantik. - Foto Hiasan TribunNews

JOHOR BAHRU – Seramai 73,629 asnaf fakir miskir menerima zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bernilai keseluruhan RM9.2 juta bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah MAINJ, Khairul Nizam Mat Said berkata, penerima terdiri daripada 6,646 ketua keluarga fakir yang setiap seorang menerima RM300.

Katanya, seramai 7,736 tanggungan fakir akan menerima RM50 seorang.

“Manakala bagi ketua keluarga miskin, seramai 25,832 orang di negeri ini akan menerima RM200 seorang dan seramai 33,415 tanggungannya menerima RM50 seorang.

“Bantuan diterima terus oleh asnaf yang tersenarai dengan hadir ke Pejabat MAINJ daerah masing-masing. Untuk penerima yang uzur, sumbangan disampaikan oleh amil yang dilantik,” katanya ketika dihubungi.

MAINJ sebelum ini, memutuskan pelaksanaan pembayaran zakat fitrah seluruh negeri ini dibuat secara dalam talian susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dua kadar zakat fitrah ditetapkan iaitu RM7 bagi umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan sementara RM10 bagi yang menjadikan makanan hariannya beras selain Super Tempatan.

Namun, kelonggaran diberikan kepada mereka yang tidak dapat membayar secara atas talian, boleh membayar di pejabat daerah MAINJ tanpa membuat temujanji. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *