Home » Langit Terbuka » MAIWP, YADIM bantu kekang kemiskinan haid

MAIWP, YADIM bantu kekang kemiskinan haid

Usaha menyediakan tuala wanita tersebut akan diteruskan menerusi sokongan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerana ia berkait rapat dengan pelbagai akar permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. - Foto Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyediakan tuala wanita percuma bagi mengekang isu kemiskinan haid dalam masyarakat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kemiskinan haid merupakan isu global yang memberi kesan kepada kelompok miskin bandar.

Tambahnya, usaha dan kempen kesedaran perlu digiatkan dalam masyarakat.

“Sebagai permulaan, Kedai @maiwphq dan YADIMart @YadimOfficial menyediakan tuala wanita percuma.

“Boleh dapatkan di rak Gerobok Rezeki Kedai MAIWP dan Bank Makanan YADIMart,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau.

Zulkifli menganggap usaha tersebut akan diteruskan menerusi sokongan agensi-agensi di bawah kementeriannya kerana ia berkait rapat dengan pelbagai akar permasalahan yang berlaku dalam masyarakat.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat serta penderma infaq dalam membantu usaha-usaha yang agensi-agensi dibawahnya.

Orang ramai boleh melakukan sumbangan menerusi akaun YADIM (5660 1062 5428 – Maybank) atau menerusi laman web https://www.yadim.com.my/v2/pilihan-infaq/– AlHijrah Online

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *