Home » Citra Yadim » Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang

Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang

PUTRAJAYA – Pekerja yang cemerlang merupakan aset sesebuah organisasi yang paling bernilai.

Justeru bagi menghargai sumbangan mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 November telah mengadakan Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 Dan Jasamu Dikenang di sini.

Seramai 13 penerima dari pelbagai kategori perkhidmatan YADIM diraikan dalam majlis ini. Mereka menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz ketika berucap dalam majlis ini berkata, selain sebagai sumber motivasi, majlis ini juga untuk warga YADIM bermuhasabah tentang bagaimana komitmen yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas.

Katanya lagi, contoh positif perlu ditunjukkan dahulu oleh pengurusan tertinggi YADIM dengan menunjukkan kesungguhan untuk menjayakan sesuatu kerja.

“Kakitangan akan beri komitmen apabila pengurusan menunjukkan kredibiliti dan amanah,” jelas beliau.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapan aluannya berkata, pemilihan para penerima adalah menggunakan Penilaian Prestasi 360, iaitu kaedah pengukuran prestasi secara menyeluruh.

“Ia digunakan secara meluas di syarikat syarikat korporat, yang mana ia mengambil kira beberapa kriteria seperti pencapaian markah sekurang-kurangnya 85 peratus, kehadiran selain tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib,” jelas beliau.

Sambil mengucapkan tahniah kepada para pemenang, Tuan Kamarul berkata,majlis tahun ini diadakan secara khusus untuk meraikan kakitangan YADIM sahaja, tanpa menjemput pihak luar, bagi menunjukkan penghargaan organisasi ini kepada mereka.

Senarai penerima anugerah kecemerlangan mengikut kategori ialah seperti berikut:

Pengarah Kanan
-Kapten (B) Shamsuddin Moner

Pengarah/Penolong Pengarah
-Mahadi Awang
-Mohd Afifi Ruslan
-Siti Zaiton Bachok
-Irmawati Muhamad Said

Penolong Pegawai
-Abd Mohd Rahimin Sihat
-Arif Adzwan Mohd Ali
-Hafiza Ahmad

Penolong Tadbir Operasi
-Siti Aishah Jimar Abdullah
-Khadijah Mohamed
-Liyana Nasuha Mazli

Pembantu Tadbir Operasi
-Mohd Riza Sani
-Asfan Mohamad

Turut diraikan hari ini ialah daie YADIM yang cemerlang di lapangan iaitu:

Daie Sabah
Tantiana Len Abdullah

Daie Sarawak
Annisah Kifli

Majlis juga tidak melupakan jasa pegawai dan kakitangan yang telah lama berkhidmat untuk YADIM. Mereka yang diraikan ialah:

-Mohd Shauki Majid
-Zainab Darus
-Rusmawati Saroni
-Zaihan Ali
-Azman Mohd Radzi

Sementara itu, pegawai dan kakitangan yang baru baru ini mewakili badan dakwah ini dalam beberapa pertandingan juga menerima penghargaan. Mereka mewakili YADIM dalam pertandingan berikut

Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2018 (Pembentang Terbaik)
-Samin Ongki
-Awang Dulhadi Awang Mat
-Mohd Khairrul Fuad Samsuddin
-Najwa Najib

Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2019, Pertandingan Horizon Baharu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat JPM 2019
– Mohd Firdaus Mohd Rusli
– Sabir Abdul Ghani
-Norshahida Khalid
-Siti Balqis Mohd
-Siti Zulaiha Mohamad Baseri

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *