Home » Langit Terbuka » Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Dewan Wawasan 2020 di Kangar, Perlis menjadi lokasi penganjuran majlis itu yang dijadualkan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11 malam.

“Setakat ini, MTHQK 2025 membabitkan penyertaan seramai 112 peserta daripada seluruh negeri. Setiap negeri diwakili oleh lapan peserta, iaitu dua peserta dalam pertandingan Tilawah Al-Quran manakala enam peserta dalam pertandingan Hafazan Al-Quran,” katanya kepada Bernama.

Mohd Na’im turut memaklumkan perasmian MTQHK dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 April ini, manakala majlis penutupan dijangka disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 2 Mei.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan pada September lalu memaklumkan bahawa pemilihan Perlis sebagai tuan rumah dipersembahkan oleh Mohd Na’im kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis sembah menghadap.

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *