Home » Langit Terbuka » Makin ramai ibu bapa terima suntikan vaksin

Makin ramai ibu bapa terima suntikan vaksin

Timbalan Menteri Kesihatan berkata, setakat ini kadar penerima vaksin meningkat 98% dalam kalangan ibu bapa selepas menyedari kepentingan imunisasi. - Foto Hello Sehat

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan berkata ramai ibu bapa semakin terbuka dan “berminat” untuk memberikan suntikan vaksin kepada anak mereka ketika ini.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata setakat ini kadar penerima vaksin meningkat 98% dalam kalangan ibu bapa selepas menyedari kepentingan imunisasi.

“Tahap vaksin untuk kanak-kanak di Malaysia lebih kurang 98% secara purata.

“Manakala pengambilan suntikan vaksin untuk virus campak sahaja juga sudah 95%,” katanya kepada FMT.

Beliau bagaimanapun berkata, kementeriannya belum berhasrat untuk mewajibkan pengambilan suntikan tersebut meskipun digesa oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, virus terutamanya demam campak di Malaysia belum berada di tahap kritikal seperti di negara lain yang mencatatkan rekod kematian yang tinggi.

“Setakat ini tiada rancangan untuk mewajibkan suntikan vaksin. Masalah Filipina bukan seperti di Malaysia, kerana di Malaysia suntikan vaksin untuk wabak campak melebihi 95%, jadi untuk yang ini tidak menjadi masalah besar. Dari tahap vaksinasi di Malaysia bukan jadi masalah besar.

“Kes campak di Filipina dan negara lain berbeza sebab saya pasti di negara tersebut mungkin kadar vaksinasi di kalangan kanak-kanak kurang jadi boleh menyebabkan penularan virus ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penularan virus campak di kota Manila, Filipina yang dipercayai akibat penolakan ibu bapa memberi suntikan vaksin kepada anak mereka.

BBC melaporkan Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata kira-kira 50 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut akibat penyakit itu.

“Kami mengisytiharkan penularan wabak ini kerana kes meningkat dalam beberapa minggu lalu dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kes baru dan mengingatkan ibu-ibu dan penjaga lebih berwaspada,” kata Duque.

Sementara itu, Lee memaklumkan kebanyakan ibu bapa yang tidak memberikan suntikan vaksin kepada anak mereka merupakan bukan warganegara Malaysia.

Katanya, kementerian juga tidak “memaksa” mana-mana ibu bapa memberi suntikan vaksin kepada anak-anak, sebaliknya memberi peluang kepada mereka untuk membuat pilihan.

“Tetapi ada juga NGO yang menolak supaya diberikan vaksin dan ada sekumpulan ibu bapa juga yang melobi untuk tidak beri vaksin.

“Jadi ada yang nak, ada yang tidak. Ini biasa dalam negara demokrasi. Tetapi yang kita tahu kebanyakan ibu bapa mahu vaksin. Jadi dari segi fakta juga 98% sudah terima vaksin,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *