Home » Langit Terbuka » Malaysia gesa patuhi Resolusi 2401 PBB

Malaysia gesa patuhi Resolusi 2401 PBB

Pihak bertelagah di Syria perlu mematuhi ketetapan gencatan senjata di negara itu berdasarkan Resolusi 2401 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PUTRAJAYA 20 Mac – Malaysia menggesa semua pihak bertelagah di Syria agar mematuhi ketetapan gencatan senjata di negara bergolak itu berdasarkan Resolusi 2401 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan Februari lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Malaysia senada dengan kenyataan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada 16 Mac lalu yang kesal apabila Resolusi 2401 mengenai gencatan senjata di Syria itu masih tidak dilaksanakan sehingga kini.

Katanya, semua pihak perlu memenuhi kewajipan dalam membenarkan kemasukan misi bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mereka cedera dan memerlukan bantuan.

“Malaysia juga menyeru semua pihak untuk melindungi orang awam yang tidak berdosa dan mengelak berlaku korban secara besar-besaran terhadap mereka.

“Malaysia sangat prihatin terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Syria dan kita tetap berpegang teguh dengan pendirian komuniti antarabangsa mengenai isu ini,” kata kenyataan itu, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *