Home » Citra Yadim » Manfaat kerjasama antara agensi

Manfaat kerjasama antara agensi

BANGI – Majlis Perundingan Wanita Rahmah – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWAR-YADIM) diseru supaya memanfaatkan peluang kerjasama yang wujud antara agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Yang Berhormat Fuziah Salleh berkata, setiap agensi agensi di bawah JPM mempunyai aset dan kekuatan masing masing yang seharusnya boleh dikongsikan bersama.

Umpamanya kata beliau,terdapat kemungkinan sesebuah agensi akan memberikan sumbangan atau bantuan berdasarkan data atau maklumat yang dimiliki oleh mereka sahaja dengan bekerja sendirian.

“Tetapi jika berkongsikan maklumat dan kepakaran, sumbangan yang diberikan boleh disampaikan pada golongan sasaran yang lebih luas. Dan ini sebenarnya boleh diaplikasikan kepada pelbagai aspek lain.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) umpamanya memiliki pusat di seluruh negara, yang boleh digunakan MAWAR untuk memberikan latihan kepada golongan sasar mereka,” katanya semasa merasmikan Majlis Muafakat MAWAR-YADIM bersama NGO Wanita Islam di sini hari ini (11 September).

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Pengerusi MAWAR,Yang Berusaha Dr Hafidzah Mustakim serta barisan kepimpinan YADIM dan MAWAR.

Dalam pada itu Fuziah menambah, kerjasama antara agensi juga boleh dilaksanakan dalam pelaksanaan program.

“Contohnya jika MAWAR adakan program, mereka boleh jemput pihak seperti Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk adakan pemeriksaan kesihatan.

“MAWAR juga boleh cadangkan atau bantu pelajar dari kalangan asnaf untuk lanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Baitulmal juga di bawah MAIWP,” jelasnya.

Beliau menambah, dewasa ini sudah tidak relevan untuk hanya bekerja sendirian (work in silo) kerana sumber yang boleh digunakan adalah terhad.

Dalam ucapan perasmiannya, Fuziah juga berharap agar MAWAR dapat memainkan peranannya untuk mendepani isu isu wanita.

Tambah beliau, MAWAR pada masa yang sama juga perlu menempatkan dirinya sebagai tempat rujukan isu isu wanita. Ini jelas beliau dapat dilaksanakan menerusi pendekatan mesra media.

“Jika ini dapat dicapai,setiap kali timbul isu wanita, masyarakat akan terus mengaitkannya dengan MAWAR.

“Ia sekaligus dapat membina jenama MAWAR dan YADIM” katanya.

Sementara itu, Hafidzah menyambut baik saranan Fuziah agar pihaknya bekerjasama dengan agensi agensi di bawah JPM.

Menurutnya MAWAR terbuka untuk bekerjasama dengan mereka dan yakin, pendekatan itu nanti akan membantu pihaknya memainkan peranan mendepani dan memperjuangkan isu wanita.

“Ia sememangnya apa yang kita nantikan kerana badan bukan kerajaan perlukan dua perkara yang utama iaitu dana dan pengiktirafan daripada kerajaan.

“Menerusi saranan beliau ini, saya yakin MAWAR akan dapat mencapai tujuannya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *