Home » Citra Yadim » Mangsa kebakaran 5 rumah di Baling terima sumbangan YADIM Kedah

Mangsa kebakaran 5 rumah di Baling terima sumbangan YADIM Kedah

BALING – Mangsa kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Kampung Lalang, di sini Disember lalu telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah baru baru ini.

Dalam kunjungan pada 27 Februari itu, Pemangku Pengarah YADIM Kedah, Mohd Afifi Ruslan bersama kakitangannya, telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan seperti gula, minyak masak,teh,biskut, dan lain lain.

Menurut Afifi, mangsa mangsa kebakaran kini menumpang di kediaman saudara mara selain menyewa sementara berusaha mendapatkan kediaman sendiri.

Dalam satu kejadian pada 16 Disember lalu, lima kediaman musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas di salah sebuah rumah terbabit.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *