Home » Citra Yadim » Mangsa kepala air di Kampung Pauh terima bantuan

Mangsa kepala air di Kampung Pauh terima bantuan

YAN – Mangsa kejadian kepala air di daerah ini masih belum benar benar pulih. Kediaman masih belum sempat dibersihkan, kenderaan belum dibaiki, jalan masih rosak dan pelbagai lagi perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikannya seperti sebelum bencana.

Antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Pauh, Kampung Perigi, Kampung Sungai Udang Atas, Kampung Tohor dan Kampung Setul di sini.

Sebagai usaha meringankan serba sedikit beban penduduk yang terjejas, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyumbangkan sebanyak 80 pek barangan keperluan harian untuk kariah Masjid Al-Muhammadi, Kampung Pauh di sini pada 1 September.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dengan diiringi oleh Pegarah YADIM Kedah, Ustaz Aizat Zakaria.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *