Home » Langit Terbuka » Masalah geografi, waris antara punca tanah wakaf tidak dibangunkan

Masalah geografi, waris antara punca tanah wakaf tidak dibangunkan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihaknya mendapati, ada lokasi tanah wakaf yang terletak di kawasan lembah, gunung dan kuari sehingga tidak boleh dimajukan - Foto Republika

KUALA LUMPUR – Masalah geografi dan isu berkaitan pewaris antara punca tanah wakaf tidak boleh dibangunkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pihaknya mendapati, ada lokasi tanah wakaf yang terletak di kawasan lembah, gunung dan kuari sehingga tidak boleh dimajukan.

“Ada pula pemilik tanah wakaf yang sudah meninggal dan mewakafkan kepada pewaris namun pewaris tidak setuju tanah itu diwakafkan. Jadi ini antara isu yang kami temui namun ia perlu ditangani dan ditambah baik,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu keluasan tanah yang telah diwakafkan oleh pemilik individu untuk kegunaan agama Islam di seluruh negara dan peratus dari keseluruhan tanah tersebut yang telah dibangunkan serta jumlah yang belum dibangunkan.

Fuziah berkata, mengikut data dari Majlis Agama Islam Negeri, sehingga 2013, terdapat 30,888.9 hektar tanah wakaf direkodkan di seluruh negara dengan 11.35 peratus daripada jumlah itu sudah dibangunkan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *