27 masjid di Jerman telah disasarkan dalam serangan tiga bulan terakhir.
BERLIN — Umat Muslim di daerah Reinickendorf, Berlin, Jerman, melaksanakan solat Jumaat di kawasan terbuka di jalanan setelah masjid mereka dibakar pada Ahad lalu.
Menurut Anadolu Agency, ratusan orang Islam dari pelbagai komuniti yang berbeza berkumpul melaksanakan solat dan menyatakan solidariti mereka terhadap Masjid Koca Sinan.
Masjid tersebut merupakan masjid milik organisasi Muslim Turki DITIB.
Mereka juga melakukan serangkaian serangan lainnya yang menyasarkan tempat-tempat ibadah, institusi budaya dan premis perniagaan dalam beberapa minggu terakhir.
Meskipun dengan cuaca yang sejuk dan bersalji, hampir ratusan umat Muslim melaksanakan solat Jumaat di tempat terbuka di luar masjid tersebut.
Imam masjid, Bayram Turk berkata, gelombang kekerasan baru-baru ini yang menyasarkan tempat-tempat ibadah telah menyebabkan kebimbangan di kalangan komuniti Muslim.
Oleh yang demikian, beliau mendesak pihak berkuasa Jerman meningkatkan tahap keselamatan di masjid-masjid dan institusi Muslim lainnya.
Setidak-tidaknya 27 masjid di Jerman telah disasarkan dalam serangan yang terjadi sejak tiga bulan lalu.
Hal itu berlaku, setelah kelompok PYD/PKK mengancam melakukan tindakan kekerasan sebagai protes terhadap operasi ketenteraan Turki di barat laut Syria.
Organisasi PKK telah dilarang di Jerman sejak 1993, namun, kelompok itu masih aktif dengan sekurang-kurangnya 14,000 pengikutnya masih berada di antara populasi imigran Kurdis di Jerman.
Selain itu, kelompok sayap kanan dan kumpulan Neo-Nazi juga melaksanakan serangkaian serangan terhadap organisasi migran dan institusi Muslim.
Tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri Jerman melaporkan sekitar 950 masyarakat Muslim dan institusi Muslim diserang yang menyebakan 33 Muslim tercedera.
Kes-kes lain termasuk penghinaan terhadap wanita Muslim yang mengenakan hijab dan serangan terhadap masjid-masjid. – REPUBLIKA
KOMEN