Home » YADIM MADANI » Masjid Mesra MADANI: Kupas Isu Menjaga Ketakwaan

Masjid Mesra MADANI: Kupas Isu Menjaga Ketakwaan

MELAKA – Program YADIM Sejahtera: Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI Siri 7 telah diadakan di Masjid Nur As-Sa’adah, Pengkalan Batu, Melaka pada 30 Ogos anjuran YADIM Negeri Sembilan dan Melaka.

Program dimulakan dengan bicara ilmu bertajuk “Manusia Dari Satu Asal Yang Sama: Hanya Taqwa Yang Membezakan Taraf Antara Sesama Manusia Di Sisi Allah” yang disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM, Ustaz Mohd Al Dandarawi Mustafar.

Dalam perkongsian tersebut, penceramah mengupas hakikat bahawa seluruh manusia berasal daripada asal kejadian yang sama dan tidak seharusnya wujud perasaan sombong, merendahkan atau memandang rendah antara satu sama lain.

Program ini diharapkan dapat memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat untuk menjadikan ketakwaan sebagai asas dalam membina kehidupan, di samping terus memperkukuh semangat persaudaraan dan keharmonian dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *