Home » Langit Terbuka » Melaka perluaskan doa mohon bantuan Allah SWT

Melaka perluaskan doa mohon bantuan Allah SWT

Pendekatan pembacaan doa itu untuk memastikan semua rakyat, khususnya umat Islam di negeri itu mengambil bahagian dengan mengaminkan doa dibacakan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil. - HelloKerja.com

MELAKA – Audio bacaan doa memohon menghindari wabak Covid-19 akan diperluaskan ke pejabat kerajaan serta pusat beli-belah di negeri ini.

Difahamkan doa dipohon kepada Allah SWT itu sebelum ini hanya diperdengarkan menerusi alat pembesar suara di masjid dan surau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata, pendekatan itu untuk memastikan semua rakyat, khususnya umat Islam di negeri itu mengambil bahagian dengan mengaminkan doa yang dibacakan Mufti Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Selain itu, audio berkenaan juga boleh disimpan dalam data telefon bimbit masing-masing dengan memuat turun menerusi laman Facebook Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan boleh diperdengarkan setiap masa, termasuk selepas menunaikan solat di rumah.

“Audio bacaan doa yang diperdengarkan melalui alat siar raya itu hendaklah dipasang setiap kali pejabat atau pusat beli-belah itu memulakan operasi, selepas masuk waktu solat serta kira-kira 10 minit sebelum sesuatu premis menamatkan operasi.

“Seorang petugas hendaklah memaklumkan terlebih dahulu melalui alat siar raya supaya semua pendengar berhenti daripada melaksanakan sebarang aktiviti dengan selama kira-kira empat minit dan menadah tangan untuk mengaminkan doa berkenaan sebelum meneruskan semula tugasan masing-masing.

“Arahan itu akan terus dikuatkuasakan sehingga Melaka bebas daripada wabak Covid-19 atau terdapat arahan baharu daripada JAIM,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata semua masjid, surau dan pusat pengajian tahfiz Al-Quran juga diminta untuk memperdengarkan bacaan doa berkenaan setiap kali selepas azan dikumandangkan. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *