ALOR GAJAH – Satu lagi program menyantuni mahasiswa telah dianjurkan oleh YADIM Negeri Sembilan dan Melaka pada 13 April 2026 iaitu Upgrade E-Maan Menuju Generasi Be-Taqwa di Dewan Syura, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Sembilan dan Melaka, Ustaz Abdul Halim Ismail. Disertai seramai 90 pelajar, program ini bertujuan memperkukuh penghayatan ibadah serta membina jati diri mahasiswa berteraskan nilai keimanan dan ketakwaan.
Antara pengisian program ialah tahsin Surah al-Fatihah dan tahsin Solat yang disampaikan oleh Dr. Mohammad Fahmi Abdul Hamid serta Dr. Khairul AzharMeerangani, kedua-duanya Pensyarah UiTM Melaka dan Ahli Zamalah YADIM.
Selain itu, program turut menampilkan slot Penghayatan Surah Al-Kahfi: Membangun Umat, Menangkis Fitnah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Sobri Hashim, juga Ahli Zamalah YADIM.
Semoga pendedahan dan pengukuhan amali kepada para mahasiswa dalam aspek bacaan al-Quran dan ibadah ini berjaya meningkatkan kesedaran terhadap cabaran semasa melalui penghayatan surah-surah al-Quran.



KOMEN