Home » YADIM MADANI » Memperkukuh Jaringan Pendakwah Muda

Memperkukuh Jaringan Pendakwah Muda

JOHOR BAHRU – SeramaI 40 ejen dakwah YADIM telah menyertai Program Sembang Santai Pendakwah Muda pada 4 Mei di Johor Bahru.

Anjuran YADIM Negeri Johor bersama Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, ia dihadiri sendiri Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Yang Berhormat Haji Mohd Fared Haji Mohd Khalid.

Ejen dakwah yang hadir terdiri daripada Ahli Zamalah YADIM Johor, Daie Komuniti YADIM serta Rakan Siswa YADIM dari Universiti Teknologi Malaysia, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim dan Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim.

Sesi sembang santai ini menjadi platform interaksi dua hala yang memberi ruang kepada para peserta untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan panduan secara langsung berkaitan cabaran dan peranan dakwah dalam konteks semasa. Pendekatan santai yang diketengahkan turut mewujudkan suasana mesra dan terbuka antara kepimpinan negeri dan golongan pendakwah muda.

Selari dengan aspirasi dasar Kerajaan Negeri Johor iaitu Maju Johor, program ini turut menekankan kepentingan peranan pendakwah muda dalam menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik, berilmu dan berakhlak. YADIM Negeri Johor komited mendokong dasar Maju Johor dengan memperkasa gerakan dakwah yang progresif, inklusif dan berimpak tinggi, seiring dengan usaha membina masyarakat yang harmoni, berdaya saing dan sejahtera.

Melalui program ini, YADIM Negeri Johor berharap dapat memperkukuh jaringan pendakwah muda serta menyemai semangat dakwah yang lebih dinamik dan relevan dalam mendepani keperluan masyarakat hari ini, sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri berteraskan nilai-nilai Islam.

Artikel Berkaitan

Arak: Kebebasan yang Meragut Nyawa

KEMALANGAN maut akibat pemandu mabuk bukan lagi isu terpencil di negara ini. Dari lebuh raya utama hingga jalan kampung, berita mengenai nyawa

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *