Home » Citra Yadim » Meningkatkan Kefahaman Wanita Mengenai Hak Menurut Perundangan Islam

Meningkatkan Kefahaman Wanita Mengenai Hak Menurut Perundangan Islam

PASIR MAS – Golongan hawa terus menerima sentuhan dakwah oleh YADIM Negeri Kelantan. Terbaharu menerusi Ceramah Bicara Wanita bertempat di Masjid Al-Hasani, Mukim Beting Pauh yang mengetengahkan tajuk Hak-Hak Wanita dalam Perundangan Islam pada 4 Julai.

Ahli Zamalah YADIM Kelantan, Puan Che Rosmah Mohamed Zain, yang juga merupakan seorang peguam syarie. Beliau mengupas pelbagai aspek termasuk hak dalam institusi kekeluargaan, perkahwinan, perceraian, nafkah serta mekanisme perundangan Islam dalam melindungi kebajikan dan maruah wanita kepada hampir 50 peserta yang hadir.

Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Puan Yusnita Muhamed Yusoff yang dalam ucapannnya menzahirkan penghargaan kepada pihak masjid atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Turut hadir ialah Imam Tua Masjid Al-Hasani Mukim Beting Pauh, Ustaz Azaha Abdullah.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya golongan wanita, mengenai hak dan tanggungjawab mereka menurut perundangan Islam serta memperkukuhkan institusi keluarga berteraskan syariat.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *