Home » Analitis » Menjaga Pandangan

Menjaga Pandangan

Bagi memastikan komunikasi berkesan dan hubungan kerja berjalan lancar, berhubungan secara bersemuka amat penting. Ini berlaku dalam konteks latihan, perbincangan, menyelesaikan masalah kerja atau urusan kerja.

Namun, dalam hubungan bersemuka ini, pandangan antara lelaki dan perempuan perlu dijaga kerana pepatah Melayu ada menyebut, dari mata turun ke hati”. Apatah lagi pandangan yang mempunyai unsur menggoda atau saling berpandangan dalam tempoh yang lama.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur:30-31)

Walaupun kita faham tentang bahasa badan dan gerak laku (body language and gesture) penting dalam berkomunikasi secara bersemuka agar komunikasi lebih efektif, namun, berdasarkan firman Allah ini, aspek menjaga pandangan mata amat perlu. Boleh melihat, tetapi perlu dijaga dan dikawal.- MAJALAH DAKWAH

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *