Home » Citra Yadim » Menyantuni ”Orang Yang Diselia”

Menyantuni ”Orang Yang Diselia”

JASIN – Orang Yang Diselia tidak dipinggirkan untuk disantuni YADIM. Terbaharu, YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah menganjurkan Program Pemulihan Cegah Residivis di Pusat Koreksional Jasin, Melaka pada 19 Mei.

Pengisian program yang bertajuk “Bangkit Sebagai Khalifah: Erti Hidup Dengan Memberi” telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohd Sobri Hashim. Penceramah menekankan erti syukur, keinsafan serta pentingnya membina kehidupan yang lebih bermakna melalui perubahan diri dan sumbangan kepada masyarakat.

Diharapkan program ini dapat memberi suntikan semangat dan kesedaran baharu kepada para peserta agar terus istiqamah memperbaiki diri, menjauhi pengulangan kesalahan lalu serta kembali berperanan sebagai insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab kepada pemulihan yang berterusan dan kehidupan yang lebih sejahtera pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *