Home » Citra Yadim » Menyemai Kecintaan Kanak-kanak Terhadap Al-Quran

Menyemai Kecintaan Kanak-kanak Terhadap Al-Quran

KOTA BHARU – Hampir 70 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun menyertai Program Quranic Adventure 2026: Biri-Biri Dari Syurga yang berlangsung di Surau Program perumahan Rakyat (PPR)), Kota Bharu pada 16 Mei.

Program dianjurkan oleh IKRAM Kota Bharu dengan kerjasama YADIM Negeri Kelantan ini bertujuan menyemai kecintaan terhadap al-Quran melalui pendekatan santai, interaktif dan mesra kanak-kanak.

Antara pengisian menarik yang diadakan ialah aktiviti interaktif bertema “Biri-Biri Dari Syurga” yang berjaya menarik perhatian peserta serta membantu mereka memahami nilai ketaatan, pengorbanan dan kasih saying.

Penolong Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Nur Ayuni Mohd Norudin telah menyampaikan ucapan dalam program ini. Turut hadir ialah Daie Komuniti YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Rushdi Afifi Asbullah.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat memperkukuh pendidikan al-Quran dalam kalangan generasi muda serta membentuk sahsiah kanak-kanak berteraskan nilai Islam sejak usia awal.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *