Home » Citra Yadim » Menyemarakkan Kecintaan Terhadap Bahasa Arab

Menyemarakkan Kecintaan Terhadap Bahasa Arab

KUALA KANGSAR – Penguasaan Bahasa Arab bukan sahaja membuka ruang untuk mendalami ilmu, malah turut menawarkan pelbagai peluang dalam dunia pekerjaan dan kerjaya.

Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Perak dengan kerjasama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menganjurkan program YADIM Sejahtera: Forum Tahbib al-Lughah di Dewan dan Auditorium USAS baru-baru ini, dengan penyertaan seramai 200 orang peserta.

Program ini bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa Arab serta memberi pendedahan mengenai kepentingan penguasaan bahasa tersebut dan peluang kerjaya yang boleh diterokai.

Forum ini menampilkan tiga orang ahli panel, iaitu Pensyarah USAS, Farah Ahmad Faisal; Penyelaras Diploma Pendidikan Pengajian Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Encik Mohammad Salahuddin Harun serta Pengarah Aifar Tours & Vacations, Encik Luqman Haqim Awang Kecil.

Forum dikendalikan oleh Pensyarah Bahasa Arab dari Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi, USAS, Encik Muhammad Saiful Ammar Ismail selaku moderator.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan USAS, Profesor Dr. Shamsul Jamili Yeob; Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim serta Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial USAS, Dr. Muhammad Mustaqim Roslan.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan minat dan kesedaran masyarakat, khususnya golongan mahasiswa, terhadap kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, di samping membuka perspektif lebih luas mengenai potensi bahasa tersebut dalam bidang kerjaya.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *