KUALA NERUS – Warga YADIM Negeri Terengganu telah menghadiri Program Dialog Harmoni 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Auditorium Mahyuddin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus pada 4 Julai.
Program bertemakan “Citra Terengganu: Merintis Kesepakatan, Melakar Keharmonian” itu merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi yang memberi penekanan kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional melalui pendekatan dialog antara agama dan budaya.
Penganjuran program ini menyediakan platform interaksi yang berhemah dalam memupuk kefahaman, toleransi dan sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan budaya, di samping menyokong aspirasi Malaysia MADANI serta Dasar Perpaduan Negara.
Kehadiran Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin bersama para pegawainya mencerminkan komitmen berterusan badan dakwah ini dalam menyokong usaha memperkukuh keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat melalui kerjasama strategik bersama pelbagai pihak.



KOMEN