Home » Langit Terbuka » Mie Tomoi mengaku bakar kereta Mufti Perlis dan cederakan pengarah JAIPS

Mie Tomoi mengaku bakar kereta Mufti Perlis dan cederakan pengarah JAIPS

Kereta Mufti Perlis yang dibakar dalam satu kejadian pada 22 Mac lalu. - Foto NSTP

KANGAR – Polis mengesahkan lelaki yang membakar kereta rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mac lepas, adalah individu sama mencederakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan pada September tahun lalu.

Ketua Polis Perlis, SAC Noor Mushar Mohamad susulan soal siasat minggu lepas, lelaki itu yang dikenali sebagai ‘Mie Tomoi’ membuat pengakuan membakar kereta dan mengancam keselamatan Mufti Perlis itu, serta mencederakan Dr Hazman.

Dr. Hazman cedera parah di bahagian muka setelah ditetak dengan senjata tajam dipercayai pedang samurai oleh seorang penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Jalan Kampung Guru di sini pada 3 Sept 2018.

“Mie Tomoi juga mengaku diberi upah individu lain untuk melakukan kedua-dua jenayah itu,” kata Noor Mushar kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini, hari ini (16 Julai).

Mie Tomoi, 48, direman enam hari sehingga esok kerana membakar kereta rasmi Mufti Perlis, dan selepas itu dia akan direman bagi kes mencederakan pengarah JAIPs.

Mie Tomoi ditahan di Kuala Ketil, Kedah pada 6 Julai lepas, dan mempunyai 16 kes lampau berkaitan samun dan penyalahgunaan dadah serta pernah dihukum oleh mahkamah sebelum ini.

Seorang rakannya yang merupakan peniaga pasar malam, Azimar Abd Razak, 36, ditahan Mei lepas dan telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, namun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *