Home » Citra Yadim » Modul YADIM untuk lepasan SPM

Modul YADIM untuk lepasan SPM

NIk Omar (kanan) mengatakan sesuatu kepada mahasiswa daripada Melaka dalam perbincangan mereka.

PUTRAJAYA – Menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), satu modul untuk kegunaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal dihasilkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Yang Dipertuanya, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya menyasarkan modul berkenaan boleh mula digunakan oleh para pelajar lepasan SPM untuk tahun ini.

“Lepasan SPM ada beberapa bulan masa terluang selepas peperiksaan berkenaan, jadi kita sasarkan yang itu, untuk tujuan ini, kita akan bekerjasama dengan KPM, khususnya berkenaan bajet, YADIM boleh sediakan tenaga dan modul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbincangan semasa sesi kunjungan hormat dari mahasiswa negeri Melaka di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama dalam perbincangan berkenaan ialah Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua, Ustaz Wan Subki Wan Salleh.

Mengulas lanjut, Nik Omar menjelaskan, program menggunakan modul berkenaan mungkin mengambil masa antara seminggu hingga 40 hari.

Tambah beliau, modul untuk lepasan SPM itu akan disediakan berbeza dengan modul modul lain yang sedia ada ketika ini.

“Untuk tambah nilai, dengan sijil selepas menamatkan modul berkenaan, ianya akan memberi merit kepada pesertanya, contohnya untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

“Untuk jayakan ini, YADIM akan cuba laksanakan sebaiknya,” ujarnya.

Usaha ini jelas Nik Omar merupakan salah satu kaedah pihaknya untuk memperkasakan pengkaderan dakwah YADIM.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *