Home » Citra Yadim » Motivasi waris pelajar SK Bukit Kiara

Motivasi waris pelajar SK Bukit Kiara

SUNGAI PETANI – Dalam usaha menyampaikan motivasi kepada pelajar sekolah, pengisiannya bukan saja perlu diberikan kepada mereka, tetapi sebaiknya juga kepada ibu bapa.

Justeru, menyedari hakikat ini Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, pada 10 Oktober telah menganjurkan program Motivasi Waris Tahun Empat & Lima bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Kiara di sini.

Istimewanya, ia melibatkan juga ibu bapa dan waris kepada para pelajar tahun empat dan lima di sekolah ini. Seramai 500 orang menghadiri program anjuran YADIM dan sekolah ini. Ianya dirasmikan sendiri oleh guru besar sekolah tersebut, Kharul Amran Bin Abu Bakar.

Mewakili YADIM Kedah dalam program yang kali kedua diadakan ini ialah, Mohd Irfan Shafik Mohd Idris.

Finalis program Daie musim ketiga, Daie Izlynn telah dijemput sebagai penceramah kepada program ini. Beliau menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kepimpinan Remaja Di Dalam Islam’.

Antara yang disentuh Izlynn ialah tentang peranan ibubapa serta tanggungjawab sebagai tunggak utama dalam pendidikan anak anak.

Ceramah juga mengenai bagaimana untuk memupuk sikap keprihatinan waris terhadap anak anak dan mewujudkan kesinambungan pendidikan guru kepada ibubapa di rumah.

Dalam pada itu, program ini juga bertujuan merapatkan ukhuwwah ibu bapa serta guru dengan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *