Home » Langit Terbuka » Mujahid dedah ada pihak menyamar jadi perunding sijil halal

Mujahid dedah ada pihak menyamar jadi perunding sijil halal

Permohonan sijil Halal perlu dibuat menerusi dalam talian tanpa melibatkan mana-mana individu, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Foto Mole.my

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar menjadi perunding bagi mendapatkan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau menegaskan, pihaknya tidak melantik mana-mana menjadi perunding bagi mendapatkan sijil halal.

Menurutnya, kegiatan pihak tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila pengadu membuat susulan kepada Jakim berhubung status permohonan mereka.

“Ada kes mereka kata telah mohon lebih setahun yang lalu melalui konsultan, tapi masih belum ada apa-apa.

“Saya tanya dia minta dengan siapa? Rupanya dengan konsultan. “Konsultan’ hanya mahu buat duit saja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perbincangan Meja Bulat Dan Kelas Induk Tentang Inklusi Halal anjuran Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Bank Pembangunan Islam.

Majlis itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini (5 November).

Mujahid berkata, permohonan sijil Halal perlu dibuat menerusi dalam talian tanpa melibatkan mana-mana individu.

“Mereka yang ingin memohon, buat atas talian dan hantar kepada kami untuk diproses,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menafikan dakwaan pegawai jabatan itu meminta bayaran sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendaftaran premis pemprosesan daging halal di ibu negara. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *