Home » Kenyataan Media » MURTADKAN ISLAM: YADIM SEDIA KERJASAMA DENGAN NGO BERI PENJELASAN DAN TINDAKAN
a

MURTADKAN ISLAM: YADIM SEDIA KERJASAMA DENGAN NGO BERI PENJELASAN DAN TINDAKAN

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat  Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu memurtadkan penganut Islam seperti yang sedang tular ketika ini.

YADIM juga sedar dan faham tentang keluh kesah masyarakat apabila isu ini timbul. Ia bukan sekadar tentang pemahaman akidah yang menjadi asas seseorang Muslim tetapi juga isu pemahaman perlembagaan yang menjadi asas seseorang menjadi warganegara Malaysia.

Sememangnya tindakan undang undang dan penguatkuasaan amat penting, namun aspek pendidikan, kesedaran dan keprihatinan perlu dititik-beratkan bagi kestabilan jangka panjang.

Maka di sini  peranan penting yang YADIM akan mainkan. Selaku badan dakwah, YADIM akan menggerakkan segala usaha yang perlu untuk memastikan isu akidah Islam di Malaysia terutamanya difahami sebaiknya dan tidak diperkotak katikkan.

YADIM akan mengerakkan jentera dalaman di peringkat pusat dan negeri bagi mempergiat usaha tersebut.  Gerakan ini akan diperkasakan lagi dengan penglibatan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam terutamanya 280 NGO Islam utama yang bernaung dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Harapan YADIM agar seluruh masyarakat akan dapat memberi sokongan terhadap usaha ini.

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM

21 FEBRUARI 2021

 

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *