Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 untuk OKU, pesakit kronik dan warga emas YADIM Kedah

Musa’adah Covid-19 untuk OKU, pesakit kronik dan warga emas YADIM Kedah

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan misi bantuan kepada yang memerlukan di Kampung Paya, Kampung Telok Gelam dan Taman Kenanga di sini.

Program pada 18 Januari ini menyantuni mereka yang terdiri daripada asnaf, warga emas dan pesakit kronik. Tujuh keluarga yang disantuni menerima pek makanan asasi dan wang tunai.

Ia diadakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan rakan strategik YADIM antaranya Dhu’afa Sejahtera, Majlis Dakwah Negara Kedah dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Program berakhir dengan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Haji Azhar Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam. Sedikit penerangan ringkas tentang teras aktiviti YADIM Kedah diberikan kepada beliau dalam kunjungan itu.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *