Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu ke Hulu Besut

Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu ke Hulu Besut

HULU BESUT – Program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan pula di daerah ini hari ini (13 Mei).

Sebanyak 200 pek sumbangan disampaikan oleh YADIM Terengganu hari ini. Ia diadakan meliputi tiga kawasan iaitu Hulu Besut, Kota Putra dan Kuala Besut.

Program hari ini diadakan dengan kerjasama pasukan Sukarelawan Al Rahmah Besut dan Hulu Besut.

Dalam pada itu, Pengarah YADIM Terengganu Mahadi Awang berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 860 keluarga untuk disantuni di seluruh negeri ini dalam program Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu.

“Sehingga kini kita sudah santuni 520 keluarga, jika keadaan memerlukan YADIM akan cuba adakan program tambahan selepas Aidilfitri,” jelas beliau.

Lokasi seterusnya program ini ialah di Setiu.Sebelum ini, program seumpama ini telah dilaksanakan di Marang, HuluTerengganu, Kuala Nerus .

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *