Home » Citra Yadim » Musa’adah Dai’e Orang Asli Ketereh

Musa’adah Dai’e Orang Asli Ketereh

KETEREH – ‘Hasil bersama orang Asli kami dapati, mereka sangat berterima kasih apabila kita beri sumbangan barang’.

‘Tapi mereka jauh lebih gembira bila kita hargai mereka. Program seumpama YADIM buat inilah yang kita maksudkan,’ kata Ahli Jawatankuasa Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli di Kok Lanas di sini, Haji Abdul Khalid Ahmad.

Haji Abdul Khalid berkata demikian dalam program Musa’adah Dai’e Orang Asli di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli di sini.

Program tersebut diadakan bagi menghargai peranan para Daie Orang Asli di pusat berkenaan yang bakal bertugas di lapangan berdakwah dan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

YADIM menyampaikan 40 set barangan keperluan harian dan wang tunai RM1,000 kepada pusat ini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang.

YADIM Kelantan pada 18 Mac melaksanakan beberapa program menyantuni rakyat di Kok Lanas dan Selising.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *