Home » Citra Yadim » Musaadah Pelajar Cemerlang RRY Bantu Persediaan ke IPT

Musaadah Pelajar Cemerlang RRY Bantu Persediaan ke IPT

PUTRAJAYA – “Kami rasa ini satu pengiktirafan untuk kami, satu motivasi untuk kami pergi lebih jauh lagi, khususnya dalam pelajaran.

“Ketika ini, ada antara kami yang keluarganya bergelut dengan keadaan kewangan, bagaimana untuk mereka yang kurang bernasib baik ini melanjutkan pelajaran?

“Justeru walaupun sumbangan ini ada yang anggap ia kecil, namun sekurang kurangnya ia membantu kami membuat persediaan kemasukan ke institusi pengajian tinggi,”ujar wakil pelajar, Mohd Nadzmi Wajdi.

Mohd Nadzmi berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Musa’adah Pelajar Cemerlang Rakan Remaja YADIM (RRY) Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang diadakan secara dalam talian pada 6 Ogos.

Seramai 127 pelajar menerima sumbangan sebagai inisiatif galakan atas kecemerlangan yang ditunjukkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Hadir sama ke acara ini  ialah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat.

Turut hadir ialah para pengetua dan wakil wakil sekolah yang terlibat dengan RRY.

Program ini antara lain bertujuan memastikan hubungan antara para remaja dan sekolah dengan YADIM sentiasa terjalin dan membawa manfaat kepada keduanya.

Dalam pada itu, Datuk Dr Zulkifli dalam ucapannnya menzahirkan terima kasih kepada YADIM atas penganjuran program ini yang disifatkannya sebagai tepat kerana menyantuni pelajar cemerlang.

“YADIM ambil inisiatif yang baik untuk kenalpasti mereka ini. Kita percaya semua RRY ini aset cukup berharga, baik sebagai pelapis dalam bidang dakwah atau pemimpin masa depan,”katanya.

Selain mengucapkan tahniah kepada pelajar, Ustaz Nasrudin pula mengambil kesempatan mengalu alukan para pelajar ini untuk terlibat dengan pelbagai gerak kerja dakwah YADIM selepas ini.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *