Home » Citra Yadim » Musa’adah petugas barisan hadapan di Jitra, Kubang Pasu

Musa’adah petugas barisan hadapan di Jitra, Kubang Pasu

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Jun telah menyantuni para petugas barisan hadapan di daerah ini.

Lokasi pertama ialah di Hospital Jitra apabila 600 botol air mineral,25 kotak pelitup muka, 20 botol cecair pembasmi kuman dan sarung tangan disumbangkan.

Ia diterima oleh wakil Pengarah Hospital Jitra, Mohd Elyas Mahtar.

Ini merupakan kali kedua YADIM Kedah menyantuni Hospital Jitra selepas kali pertama pada Mac lalu.

YADIM Kedah kemudiannya menyantuni para petugas barisan hadapan di tiga lokasi sekatan jalan raya menerusi pemberian 480 botol air mineral, 10 botol cecair pembasmi kuman, 10 kotak pelitup muka dan sarung tangan.

Tidak ketinggalan ialah sumbangan kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Kubang Pasu serta Angkatan Pertahanan Awam.

Mereka menerima 480 botol air mineral, 10 botol cecair pembasmi kuman, 8 kotak pelitup muka serta sarung tangan.

Hadir ke program ini ialah Pengerusi Pertubuhan Dhuafa Sejahtera, Ustaz Mohd Amin Ismail, naib pengerusinya, Abdul Hamid Sulaiman serta Setiausaha 1 Majlis Dakwah Negara negeri Kedah, Tuan Haji Ahmad Fuad Ashari.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *