Home » Citra Yadim » Musaádah untuk pengawal keselamatan Plaza Angsana

Musaádah untuk pengawal keselamatan Plaza Angsana

JOHOR BAHRU – Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dikuatkuasakan di bandaraya ini menyaksikan banyak premis perniagaan yang masih ditutup. Ia termasuklah di pusat membeli belah terkenal, Plaza Angsana.

Akibatnya, para pengawal keselamatan di sini terkesan apabila tidak dapat keluar bekerja seperti biasa menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 18 Julai menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian buat meringankan beban mereka.

Seramai 26 pengawal keselamatan di pusat membeli belah ini disantuni dalam program berkenaan. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Johor, Muhamad Ammar Abdulah. Hadir sama ke acara ringkas penyerahan ialah CEO Plaza Angsana, Imran Salleh.

Pada hari yang sama, YADIM Johor juga menyumbangkan pek barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan di Kluang, Muar , Pekan Nenas & Skudai dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *