Home » Citra Yadim » Musaádah YADIM 3.0 di Kampung Pondok Chegar

Musaádah YADIM 3.0 di Kampung Pondok Chegar

PENDANG – Seramai 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Pondok Chegar di sini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YAFDIM) Kedah pada 30 Julai menerusi program Musaádah YADIM 3.0.

Mereka terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, pesakit kronik dan individu yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini masih berkuatkuasa. Sumbangan yang disampaikan berbentuk barangan keperluan makanan harian dan lampin pakai buang.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah,  Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tokai.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria dan Pengerusi Sukarelawan YADIM Pendang, Abd Ghani Sudin.

Dalam majlis ini, Dr Mohd Hayati Othman telah menerangkan situasi semasa pandemik Covid-19 di Kedah selain menyeru mereka yang hadir untuk mengambil suntikan vaksin bagi mengekang penularan wabak ini.

Majlis penyampaian diadakan di perkarangan kediaman Setiausaha Sukarelawan YADIM Pendang, Md Isa Ibrahim.

 

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *