Home » Citra Yadim » Musaadah YADIM dan Bank Islam kepada pesakit kronik dan hilang upaya

Musaadah YADIM dan Bank Islam kepada pesakit kronik dan hilang upaya

PADANG TERAP – Golongan kurang upaya dan pesakit kronik yang memerlukan terus mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Prihatin dengan nasib yang menimpa mereka, YADIM Kedah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad BIMB, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Padang Terap telah menyantuni golongan ini pada 4 Oktober.

Seramai 10 penerima telah disantuni dalam program Musaadah YADIM – BIMB yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri  Pedu dan Kuala Nerang dalam daerah ini.

Barangan keperluan makanan, lampin dewasa dan sumbangan wang tunai telah diberikan kepada setiap penerima dalam program ini. Sebanyak RM3,000 disumbangkan bagi tujuan ini.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Pengurus Cawangan BIMB Pokok Sena, Hajah Noor Aziha Bakar, Ahli Majlis Daerah Padang Terap, Ustaz Azam Abd Aziz, Pengerusi NGO Prihatin Padang Terap, Ustaz Habibullah Mohd Salleh, Pegawai Khas ADUN Pedu, Muhammad bin Talib dan Pengurus Operasi BIMB Pokok Sena, Nor Hanisah Md Sakri.

YADIM dan BIMB sebelum ini telah menjalin kerjasama menyantuni rakyat seumpama ini di Kuala Lumpur, Melaka, Sabah dan Terengganu.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *