Home » Citra Yadim » Musaádah YADIM Kedah di Pendang

Musaádah YADIM Kedah di Pendang

PENDANG – Daerah ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah.

Bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Pendang, sebanyak 30 keluarga di lapan kampung di daerah ini menerima sumbangan barangan keperluan harian, pelitup muka dan lampin pakai buang pada 25 Jun.

Mereka terdiri daripada warga emas, pesakit strok, mangsa ribut, ibu tunggal dan golongan B40 yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Hadir sama ialah Pengerusi SAY Pendang Abd Ghani Sudin dan ahli ahlinya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Rambai, Mohd Nasir Ismail.

YADIM Kedah turut mengambil kesempatan menyeru mereka agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa dan sentiasa tabah menghadapi keadaan ketika ini.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *