Home » Citra Yadim » Musa’adah YADIM untuk Pusat Pemberian Vaksin KLCC, WTCKL

Musa’adah YADIM untuk Pusat Pemberian Vaksin KLCC, WTCKL

KUALA LUMPUR – Dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ibu kota ini menerima sumbangan barangan makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk kegunaan para petugasnya.

Sumbangan untuk petugas barisan hadapan ini ialah sebahagian daripada pengisian program Musa’adah 3.0 YADIM.

Sumbangan pertama diadakan di PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebelum diteruskan di PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Setiap PPV menerima 20 kotak air mineral, 20 kotak makanan 99 Speedmart , 100 unit air kotak, 50 pek minuman 3 dalam 1 Nescafe, 100 pek biskut Chipsmore dan Oat Krunch serta 100 unit mee segera dalam cawan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Abdul Qaiyum Aris.

Penyelaras PPV KLCC, Shahrezan Md Sheriff menerima sumbangan bagi pihak pusat itu manakala di PPV WTCKL ia diterima penyelarasnya, Noor Afidah Abdul Kadir.





Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *