Home » Citra Yadim » Musa’asah Covid-19 Pemandu Dan Pengusaha Van Sekolah Kemaman

Musa’asah Covid-19 Pemandu Dan Pengusaha Van Sekolah Kemaman

KEMAMAN – Nasib pemandu dan pengusaha van sekolah di daerah ini yang terkesan secara langsung dengan penularan Covid-19 mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.

Seramai 32 ahli Persatuan Pemandu Dan Pengusaha Van Sekolah Daerah Kemaman menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Terengganu pada 8 Mac yang disampaikan oleh Pengarah Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin.

Program ringkas penyerahan diadakan di Padang Astaka Kemaman itu turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Pemandu Dan Pengusaha Van Sekolah Daerah kKemaman, Kamariah Abdullah dan Timbalannya, Kamarul Zaman Che Awang

Dalam pada itu, para pemandu yang ditemui mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Menurut mereka, pemberian itu amat dinantikan kerana ada antara kalangan mereka yang sudah hampir setahun tidak mempunyai pendapatan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *